Friday, November 20, 2009

Kambing vs Mesin Fotostat

Awal bulan ari tu ada seorang Exec baru masuk kat tempat aku...
Dia post kat warehouse tapi selalu duk mencacang kat operation opis...
Macam2 alasan dia wat selalu kalau datang kat operation opis...
Dia ni xtau malu sikit n first day datang lagi dah kecoh....

Nama sikit punya pelik, Kennedy Gabriela...
Muka melayu, kulit hitam2 si tampok manggis....
Bahasa pertuturan mandarin, bahasa melayu, english dan kadangkala loghat Sarawak...
Rupa2nya mamat Sarawak....
Ari2 duk menggangu ketenteraman awam aku....
HEI Ah Ken ni....Memang sengal!!!!
Dia ni sebenarnya Kadazan tapi nenek dia ke apa ada darah Cina....
Tu yang dia fasih tu...Anak kacuk...

Second day dia mai, dia nak guna mesin fotostate aka printer aka scanner...
Dia duk tekan2 nak scan xboleh2...
Sekejap lagi aku dengar dia cakap:

"Wei! Ko ni memang kambing la!!!Tak nak scan tuk aku tu bagitaula!!!"

Aku pusing ke arah dia dan aku tgk xde sapa pun dekat dgn dia kecuali mesin tu...
Aduhai...Memang sah budak ni sengal....
Dia perasan aku toleh arah dia, dia sengih n minta tolong tengok2an apa yang patut...
Aku pandang mesin tu baru aku tau...
Dia tekan no.I.D scan org lain...
Patutla xmuncul2 nama dia...
Sengal tul mamat ni....
Actually utk I.D dia sepatutnya dia kena buka flap untuk I.D button tapi dia x...
Dia ingat ikut huruf....
Aku cakap kat dia:

"dah kau tak buka, sampai kiamat pun tak boleh timbul nama kau"

Dia reply:

"aku sik tau la...aku ingat nama tu ikut huruf...sapa suruh letak satu huruf dua no....apalah kambing ni"

Memanglah dia ni jenis lawak lagi sengal...
Dah lah duk suka men terjah2 org je....

Wednesday, November 18, 2009

Cherating?

Aku tak sabar tunggu Jumaat...
Aku half day sebab nak gerak ke Kuantan seterusnya Cherating...
Walaupun sebenarnya aku harus ada di sana pada tengahari Jumaat namun aku hanya akan wujud pada malam harinya...

KEnapa Cherating?
Adik aku si angah tak jadi buat familiday untuk budak2 Miaziawa dia kat Cameron...
Tak ada aktiviti katanya...
Aku on je walaupun tak berapa suka pantai tapi dah free kan...
Aku hanya perlu mengeluarkan modal untuk beli tiket bas ke Kuantan je...
Tibanya aku kat Kuantan depa akan jemput.....
Dah lama aku tak naik bas...
Last masa aku training mula2 masuk keje dulu...
Bayangkanlah dah hampir 4tahun lebih...
Bukan berlagak tapi kalau naik kenderaan sendiri suka2 aku nak berhenti mana n gerak kul bape...
Aku naik bas ni pun sebab nak elak penat je...
Aku g sesorang dari Shah Alam...
Hari Isnin lak nak keje lak....

Aku nak jumpa adik aku si Eryn n buli dia cukup2...
Hhahahaha...

Malas nak layan!!!

Bukan aku mengelak...
Bukan aku sengaja nak menyakitkan hati...
Bukan aku nak buat bodoh...
Kalau makin dilayan makin aku yang sengsara hati jiwa perasaan..
Bukan ke lebih baik aku ignore je....
Biarlah nak marah ke apa...
Yang penting aku yang ok....
Memang nanti dijadikan alasan la tu...
Kononnya aku lah yang salah macam cari pasal...
Telefon tak berjawab, mesej tak berbalas katanya...
Aku kadang serabut,aku off terus...
Macam sebelum ni bukan dia yang salah...
AKu juga yang salah kononnya...
Aku jadi serba salah adalah...
Buat masa ni aku nak duk diam2 je....
Malas nak layan...

Monday, November 16, 2009

Aku Bukan Tunggul !!!!!!!!!!!

Tepat jam 9.52pm tadi dia anta msg ...
Bukan msg meminta maaf atau memujuk tapi padaku lebih kepada menyakitkan hati...
Tepat jam 10.42pm, masuk lagi satu msg bertanya aku dah dah tidur ataupun sengaja ignore him...
Yang sebenarnya hati aku sakit...
Aku bukan tunggul atau anak patung yang senang2 nak ditengking dan diherdik dan selepas tu diajak berbaik bagai tiada apa yang berlaku...
Dah acap kali berlaku, aku dah bosan dan hatiku jadi tawar,,...
Aku masih ada rasa hormat tapi tolong hormat pada aku...
Ego yang sangat tinggi dia milikki itu takkan dapat mengalahkan aku...
Aku bukan kata aku tak nak mengalah namun aku rasa sakit....
Aku tak nak apa yang pernah dilalui oleh orang yang terdahulu dilalui semula oleh aku...
Aku masih ada otak dan peluang yang membolehkan aku berfikir semasak-masaknya...
HAti aku memang betul2 sakit selepas satu berita ku angganp boleh ku lupakan...
Namun selepas itu datang satu herdikan bisa yang membuat aku terasa bagai dipijak2...
Buat masa sekarang aku masih boleh bertahan walaupun sebenarnya hati aku dah bengkak dan terluka teruk....
Kaum dia orang semua sama...Tau menyakitkan hati je...
Entahla...Selagi aku boleh bersabar dan bertahan,aku cuba yang sebaiknya...
Andai satu masa aku meletus, tak tahulah apa yang bakal terjadi kelak pada aku....
Aku pening......

Saturday, November 14, 2009

Lunch Hour Issues

Di pagi hari Sabtu yang tak payah rushing ni aku dilanda sakit perut yang amat menyeksakan...
Aku bangun awal tapi tido balik berulang kali...
So masa ni aku nak celoteh sikit pasal semalam....

As usual aku lunch with my opismate...
Tak kisah sesapa..Rotate sebab bukan semua antara diarang selalu free..Kekadang ada keje kat luar same as me...
Semalam kitarang pergi makan di Restoran Selera Kampung Satu blok dengan Ani Sup Utara di sect.9...
Kat situ makanan dia memang menepati selera orang kampung la...Tapi yang pergi berempat ni aku sorang je Malay...
Aku g dengan Manager ku, Exec ku dan Purchasing Exec...

Duk layan makan ayam kampung goreng yang rangup, tetiba bos aku buka isu pasal Malaysia new regulation tentang declaration of food ingredients such as milk n dairies yang memang banyak dikeluarkan oleh Nestle...Dia tanya aku n Exec aku ada dengar n perasan tak dengan isu ni...Aku n exec aku dok pandang sama sendiri terus menggeleng kepala serentak...
Hehehehe...Almaklumla, semenjak dua menjak ni jarang tengok berita...
Exec aku lak tengah dilanda angin bercinta...

Ni yang aku malas kua makan ngan bos, tapi dia ok gak tanya sebab kalau tak kitarang xconcern sangat...Dah la mende tu kena start on 1st of January...Enforcement nya bila, yang tu aku xsure....
Satu lagi bagus untuk aku ialah aku ni belajar tak lah tinggi mana, bila ada peluang macam nila aku nak korek tanya itu dan ini kat bos n exec aku serupa bila ada training program....
Iyela...dah tak belajar tinggi kalau tak usaha lagi teruk karang...

Itu satu hal isu yang aku rasa isu ringan...Bila on the way balik ke opis, kitarang kena melalui masjid besar Shah Alam...Tiba2 ada satu soalan kua dari mulut c Purchasing exec berbunyi
"I pernah dengar perempuan Malay tak boleh masuk masjid kan?"
Aku dah beberapa kali diutarakan soalan yang sama since aku sekolah dulu...Memang aku bukan bersekolah campur sebab aku bersekolah di Sek.Keb., Sek.Men.Agama Maahad N Sek Men.Keb...
Tapi aku mempunyai kenalan non muslim daripada aktiviti luar sekolah macam jamboree n kokurilkulum lain....

Kadang2 aku heran kenapa isu macam ni boleh ditanyakan...aku terfikir mesti ada cara penyampaian yang salah dari individu tertentu menerangkan secara tak habis kenapa ada masa wanita muslim cannot be in the mosque or musolla..
Dulu waktu aku belaja kat Polisas pun ada soalan berbentuk hampir sama diajukan pada aku dari classmate aku...Dak lelaki chinese...Daripada depa salah paham better aku xplain n bagi contoh yg simple n masuk akal untuk mereka tanpa memutarbelitkan fakta...
Aku xnak nonmuslim fikir our relegion got discrimination between men n women...

Sebenarnya bila kita duduk dengan pelbagai bangsa n agama , lebih banyak cabaran tapi cabaran tu buat kita lebih banyak berfikir dan menimbulkan tekad dalam hati...Banyak juga benda yang kita dapat pelajari ...Namun kita semua berbeda kepercayaan dan pegangan, tapi semua tu takkan jadi masalh kalau semua benda dibuat dengan cara yang betul..

#Ini pendapat aku sebab aku anak campur, bila dicubit paha kanan paha kiri juga terasa begitu juga sebaliknya...Aku tak kisah apa org nak kata...lantaklah...masing ada pendapat sendiri

Post ku di bulan 3

Aku pernah tulis benda ni masa aku post dalm bulan 3...Bila baca balik memang macam ada betulnya:

The nice men are ugly
The handsome men are not nice
The handsome and nice men are gay
The handsome, nice and heterosexual men are married
The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money
The handsome men without money are after our money
The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!!!!!!!!!
The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take initiative

Friday, November 13, 2009

BOHSAN!!!!!

Ari ni aku malas sangat nak menyinggah memana lepas keje...
Aku straight balik umah...
Dinner pun aku xbeli pape...Aku masak benda kat bawah ni sambil duk cuci kipas n kemas bilik...
*nasi goreng cili padi mahsuri ditambah ikan kering dari Sabah nek kapal terbang n nugget Ramly diminum bersama teh o suam kurang manis (Mahsuri tu brand company aku tuk pasaran Malay...hehehe)
Pastu konon nak jadi petani moden tapi buat bengang btul la...Asyik duk error je page dia...ntah pape tul...
Tengok tv,xde cite besh pun... ada xde tadi kul 7-pm cite cina "The Palladin" kat TV8 pastu "Pesan Mak" kat tv2...
Aku buka Astro pun tak ada cite menarik...Nak baca novel aku tak ada mood even aku ada 4 novel xbaca lagi tapi bila nampak gatal nak beli siap pening nak beli bila isi sama tapi penerbit berbeza....
Tapi apa yang aku tau malam ni aku bohsannnnnnnnnnnn.........
Nanti aku dah malas aku makan ubat aku kompom lenaaaaa....
Tapi nak layan dvd G-Force n The Ugly Truth dulu...
Huhuhuhu...Tak aku tengok tv, tv tengok aku....

Thursday, November 12, 2009

Bibik Oh Bibik!!!

Ari ni aku duk umah sesorang lagi sebab dak umah aku memang keje shift malam seminggu penuh...
Aku dengan selamba mengambil keputusan untuk melepakkan diriku di ruma Pn.Puteri Nuur kita di Putrajaya sebab husband dia pun outstation...
Aku xtahan tengok gelagat maid dia...
Semenjak aku kenal dia n dia dah berkahwin, dia ada 3maid...

Pertama si Zumrah, senyap orangnya n bermuka garang la pada aku...Tapi ok la..

Kedua si Imah, bibik cik K.Put yg diimport khas dari KElantan...Sengal2 ubi sebab macam ala2 org tua...
Ketiga ni paling aku x paham, Kasroha...DEngan aku pun nak wat sengal ubi gak...Aduhai....
May be dalam ati dia nampak muka aku je dia tepuk dahi..hahaha...
suka dukmenyemak menambah sepah kat umah bos dia...wakakaka...

Dijadikan cerita malam ni aku gatal buka fridge umah pn.Puteri n main masak2 tempe+terung bercili n Pn.Puteri lak duk bancuh dia punya budu bersama ikan bakar (Budu ada mangga n tomato lagi tau,,...Yummy)..
Rasa heaven gila aku...Dah lama je macam tak rasa masakan umah padahal belum ada sebulan tak balik kg....huhuhuhu
MAlam ni kitarang makan dengan happinya dengan tuk nampak budu pun heaven gak...
Tapi bila scene tang air kitarang tak leh tahan sebab bibik yang buat...
Mula2 aku minum aku rasa cam ada rasa grape, aku bgtau kak put tapi mmg cawan tu aku buat minum air F&N grape...
PAstu kitarang bantai minum bermug2 tapi k.Put banyak sekali...
Tuk pun minum sama lepas makan...Huuhuhu...

Nak dijadikan cerita ngam2 abis makan K.Put cakap perut memulas..
Bila dipandang tag hijau teh yang tersangkut kat jug yang kosong tu tertulis "JAMU TEA" dengan erti kata lain teh membuang sisa pepejal yang tak dikehendaki la....
MAti2 ingat teh Sabah sebab teh Sabah pun warna hijau gak tag dia... Huhuhu...
Sekarang adalah masa dan sesi menjengah toilet..
ADUHAI BIBIK KASROHA>>>


sekadar gambar hiasan,bukan hidangan sebenar..

Celoteh ari Khamis

Mood aku pagi ni memang mood malas pergi keje n tak sabar2 tunggu ketibaan petang Jumaat yang indah dan pagi Sabtu yang membuatkan aku tak perlu tergesa2 pergi ke tempat dimana punca periuk nasi untuk budak kuat makan ni....Ari ni pun aku g keje dengan pakai seluar,tudung n baju yang tak perlu iron...(bapak selekeh rasa)

Bila jalan normal shift bermaksud kerja yang ditanggung pun dah boleh dibahagi2kan...Tak payah aku nak tanggung banyak benda nak fikir dalam satu hari...Mood aku pun xberapa baik sebab aku baru hilang duit...Kehilangan misteri...Jeng jeng jeng...

Abaikan pasal duit tu, memang bukan rezeki k...Apa yang pasti ari ni aku jadi cuak, muka bertukar biru jap bila officer dari JAKIM mai datang wat surveillance audit secara mengejut untuk proses pembaharuan sijil Halal kitaorang...Yang datang kali ni bukan macam dua tahun dulu sebab yang datang kali ni semua senior2 n otai2 belaka...

Nasib baik semua dokumen aku dah kemaskinikan...Dokumen Halal bukan semua orang dalam QA dept boleh sentuh kecuali aku seorang dan akan dibantu oleh manager aku...
Semua dokumen telah ku update dan nasib baik tak ada apa2 yang tak ok kecuali kena satu Observation...
Audit Halal dijalankan macam audit HACCP dan ISO jugak cuma bezanya depa datang dengan orang bahagian Syariah sekali n masa dia lebih singkat..


Aku rasa serabut dengan sorang je antara tiga orang auditor ni...memang senior officer betul tapi dia Food Technologist yang duk bertanya itu ini non stop...Letihla nak jawab...Dush3x....
Nasib baik manager aku ada untuk back up n nasib baik dia belum ambil a.l lag...
Kalau tidak, mahu aku lintang pukang sesorang...Apapun aku lega sebab tak ada apa2 yang kritikal dan hanya ada sat observation result iaitu ada spider web duk menyelit kat processing area...Antu punya spiderman...tak ada tempat lain ke nak buat sarang gamaknya...Tapi apapun officer tu impress n kagum ngan sistem yang kita orang ada n keep tempat maintan bersih even diarang datang tanpa inform...


Bos besar aku sengih je bila tau tak ada apa2 kritikat tapi yang penting dari sini harap2 increament aku tahun depan ada lebih la....hehehe...Biasala kan. asam garam koje...Tapi aku bukan bodek bos tapi keje dengan usaha yang tekun tak ada bias....

Tuesday, November 10, 2009

Sunyi La Umahku!!!

Adakalanya memang aku rasa sunyi bila duduk kat sini terutamanya bila housemate kerja malam...
Semua keje shift kecuali aku,mulut aku yang tak berenti bercakap ni rasa gatal je...
Tapi aku nak cakap ngan sapa,takkan dengan dinding pulak....
Kalau aku duk kat kampung dengan famili mesti best...
Walaupun ada orang kata tak berkembang tapi sekurang-kurangnya aku ada kawan di ajak cari pasal...
Adik2 aku, si kecik Eryn kena buli ngan aku n Angah...
Angah lak duk berlawan mulut ngan aku dengan pelbagai percanggahan pendapat dengan aku yang sememangnya mempunyai prinsip yang berbeza...
Aku rindu nak melepak n bawa mak n adik aku c Eryn g merewang sampai mak aku membebel kata penat kaki...
Aku rasa macam best je kalau time lepak2 macam tu even sampai umah kompom tengok purse dah rabak sikit n letih tapi as long as aku seronok, aku tak kisah...
Duit boleh cari tapi happiness bukan sentiasa akan muncul....
Aku rasa macam tak best sangat saat ni...
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........
Aku rasa kosong!!!!!!!!!!

Macam Bagus!!!

Tak salah kalau aku katakan semua lelaki memang lebih kurang sama je...
Dah memang sejak azali diarang ni dilahirkan dengan gen "EGO" yang tinggi dalam diri dia orang...
Semua benda tak nak mengalah even the thing already proof in front of their eyeballs...
Geram aku rasa....
Bila bagi idea bodoh n idea tu ditolak terus la meninggi suara...
Memang pantang aku kalau orang tinggi suara kat aku pasal benda2 bodoh...
Benda yang simple konon nak wat macam advance tapi xpakai otak benda simple pun nak leceh2 kan...
Bila di tegur, cakap lebih sikit xleh terima...
Kata orang macam bagus la apalah...
Dah benda simple nak disusahkan otak apsal..
Nak kata orang tu tengokla dulu diri sendiri tu bagus ke tidak...
Kalau aku ni xbagus, pergila cari orang lain...
Bila kata bodoh tak terima...
Bengang tul..

Sunday, November 8, 2009

Spec.Checklist...

Di tengah ari Ahad di kala aku kebosanan n blur xtau nak wat ape ni, aku terfikir kat satu soalan dari seorang kenalan.

A close chinese friend asking me in a lunch chat:
June: You ni xmacam malay lain la...
Aku: y?
June: Iyela, others malay girl yang sebaya kita ni biasanya dah kahwin xpun dah engage..You still macam ni...Contoh kat tempat keje kita tu,Sarah umur macam you kawin dah dulu...Si Wan muda dari kita pun dah kawin...
Aku:Hahahaha...(tergelak aku dgr soalan c June)
June: I tanya la!bukan suruh you gelak...You fussy sangat ek?Nak kata xde BF you ada dah...Apsal x mau kawin lagi?X cover you punya spec.ke?(soalan yg wat aku terigt daa...)
Aku:Apahal you tanya?You pun sama, adik dah kawin siap dah ada niece lagi tapi you xkawin lagi...
June: (Tersengih macam kerang busuk je dia)

Sebenarnya aku bukan xnak tapi belum kot wat masa terdekat ni...
Tapi kalau aku jumpa orang yang mempunyai spec. sepeti di bawah ni, Insyaalah aku grab terus:
-Terima aku n famili seadanya, yalah aku orang biasa jek n org kampung lak tu...
-Takkan merendah atau memperkecilkan famili aku n aku, even kadang2 aku ada selisih faham ngan famili aku tapi aku xnak org luar duk pandai2 kata famili aku..
-Biarlah orangnya open minded n berpelajaran dunia akhirat(leh tunjuk arah kat aku la kan)
-Nak yang xberkira n xsuka mengungkit
-Nak yang lucu kena tempat n serius kena tempat, xnak panas baran n tau respect perempuan
-Nak yang boleh bagi kita senang bukan yang menyushakan n menyakitkan ati (aku bukan materialistik tapi sekarang sume keperluan bukan dibayar dengan air liur)
-Kalau boleh nak yang tinggi dari aku(hahahaha)
-Nak yang cerah n kalau kena jemur kat panas jadi pink ...hahaha(teddy bear n sis tau la)
-N etc......
-Perkahwinan bukannya satu permainan suka2 ati leh je men lanyak...macam2 benda yang perlu difikirkan n dititikberatkan...Sebelum aku terjebak dengan dunia itu, better enjoy 1st...

Entah pape jek aku duk merepek jek time weekend macam ni....
Boringnya,....

Merepek...

Apa je terdetik kat ati ni aku curahkan...
Aku terjaga pagi ini seperti waktu hari bekerja biasa...
Aku terbangun disebabkan tiba2 aku tersedak tak cukup nafas..
Masalah sesak nafas lagila....

Aku teringat kat pokok rasberry aku tak tuai lagi pun ye gak ...
Hahaha..abis kering dah...
Aku buka PC aku mulakan dengan bca Utusan online n paper2 Nasional lain...
Macam2 hal aku tengok benda yang terjadi kat MAlaysia nih...
Aku tak nak la tengok yang dekat antarabangsa punya hal dulu....
KAdang2 aku bersyukur dapat dilahirkan di bumi bertuah ni...
Aman damai n tenteram tapi itu dari segi luaran la...
Bila ditelek2 balik...
Huh...
Isu politik, berlawan2 banyak je...
Tak kurang jugak isu2 atau kes2 yang tak dilaporkan macam dengki tak boleh orang senang sikit...
Dah sesetengah pihak kena aniaya ....
Ha...Yg ini selalu kita nampak dikalangan masyarakat melayu....
PAntang n sakit ati tengok orang lain senang...

Kadang2 aku rasa masyarakat melayu ni masih berfikiran tipikal...
Tapi bukan kesemuanya la macam tu...
Ada yang boleh berfikir lebih maju n tak terikut2 dengan benda2 yang entah apa2...

Kadang2 bila berhadapan dengan benda2 tu atau orang yang macam tu aku rasa macam malas n nak pergi jauh2....
NAk lari....
Huhuhuhu...

# p/s:aku kalau blog-ing pagi2 mesti banyak merepek...:p

Saturday, November 7, 2009

Malam Minggu...

Ari ni aku kua lewat petang terus menuju ke Summit USJ sebab nak tengok wayang cite Papadom...
Huhuhu...
Punyala lambat aku pergi tengok padahal cite tu dah kua bulan lepas lagi...
Sebelum keluar mood aku dah down dah sebab aku teruk kena hujan sebelum dapat masuk ke kereta "org tu" yang duk lepak kat dalam n lock dari dlm..
Dah la Bodband ku macam tuttttttt sebelum kua sementara "org tu" sampai...

Tengok kat Summit ni mudah sikit dapat tiket even bau cinema dia aku xbape kenan sangat...
Aku memang respek gila dengan Afdlin Shauki...
Cerita yang diarahkan A.S ni aku xpernah terlepas...
Cite yang ada dia even orang lain jadi director pun aku tengok...
Thumbs Up for Afdlin!!!!
Cerita tu memang menyentuh perasaan aku...
Andai aku milikki insan seperti en.Saadom sebagai ayah atau suami di dunia nyata ini,pasti rasa syukur sangat2 kupanjatkan...
Tapi macam yang aku katakan lah tadi,ANDAI.....

Abis tengok movie aku terus gerak balik makan kat kedai dekat dengan umah...
Huhuhuu..
Ramai gila orang duk lepak kat situ sebab tengok Liga Malaysia,...
Kelantan vs Negeri Sembilan...
Aku lepak lama duk layan tengok bola...
Aku tak paham kenapa perlu ada yang bertindak tak sepatutnya setiap kali ada perlawanan...
Betul macam dalam iklan dalam Hot fm tu....
Main pun nak gaduh!!!
Aduhai....
Tapi xpe...ada semangat sendiri di balik semua tu...
Biarla Si Luncai terjun dengan labu2nya....

Jam 3.30pagi

Jam dah menunjukkan pukul 3.30 pagi...
Namun mataku masih segar dek disebabkan penangan sesak nafas aku ni...
Kerongkong ku seakan tersekat...
Inilah gara2 kalau aku kena selsema teruk sekali dengan demam...
Datang as a package...
Package yg aku sendiri menyampah...
Sambil melayan mata yang xlelap, aku teringat cash voucher ku berjumlah RM150.00 tertinggal kat opis...
Rezeki lagi tu..Alhamdulillah...
Biarlah pada org yang senang nampak nilai sebegitu macam sedikit namun bagi ianya sudah memadai....
Aku memang ada masalh besar kalau xboleh tidur malam ...
Benda ni akan meleret2...
Aku akan bertambah banyak fikir...
Huhhhh...
Aku pun tak tau kenapa...bukan sengaja nak fikir tapi semuanya datang menerjah....
Aku kadang2 nak buat tak paham je tapi xboleh...
Yang datang menerjah tu semua bukan setakat benda kecil tapi tentang kehidupan...
Samaada pasal diri aku sendiri atau org2 dikeliling aku....
Aku selalu sangat berdoa agar aku dapat rasa free sangat2 sesekali walaupun sekejap...

Friday, November 6, 2009

Bila LA Masa Tu?

Dua ari lepas aku terima perkhabaran kawan sekelasku semasa sek.menengah akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan ati dia...
Dia duk jmput guna fon n Friendster jek...
Iyela...tu cara paling mudah katanya....
Sapa xtau umah dia bolehla minta anta kad jemputan berpeta...
Seorang demi seorang rakan-rakanku mengakhiri zaman bujang masing2...
Seorang lagi pun duk sibuk cari persiapan perkahwinan gak n sampai abis beribu2 hanya untuk shopping barang nikah je dulu...
Hurmmmmmmm...
Aku bila lagi?
Belum tiba masa...
Bila masa tu sampai n aku dah ready, akan ku tampal mulut berbau busuk yg duk sibuk busy body selama ni dengan kad jemputan aku yg cantik kang...
Bila tu?
Tunggu jela....
Tapi yang pasti bukan dalam masa terdekat ni...
Calon yg dok melekat kat ati ni dah kena umpil dah dek dengan perangai yg macam celaka makhluk tu....
Calon yg sipi2 ada tapi x leh singgah lak kat ati aku...
HUhuhuhu...
Ya Allah, kenapalah hambamu yang seorang ni liat sangat kan kalau disebut pasal kahwin....
Banyak sebabnya actually...
Keadaan sekeliling masa kita membesar...
Keadaan famili ...
Keadaan tempat kerja...
Keadaan diri sendiri...
Dan macam2 la....
#p/s:
Wedding ring impianku : simple....
Wedding theme: garden wedding=white+pink+green=so sweet....

SeNTap Di PAgi ARi...


Ari ni pepagi lagi aku dah sentap...
Dah la badan masih rasa "dedo" lagi sebab demam lum ok betul...
Doc.bg M.C satu ari je tuk semalam...
Pagi ni masuk2 je,aku punya QC tua tengking aku...
Aku tegur dia baik2...
Aku guna suara bernada rendah je sambil aku tolong dak lab settlekan sample urgent...
Kalau xsalah aku xkan tegur...
Aku taula dia tu dah tua n nak dihormati bagai tapi kalau dah salah, kita as the superior kena la tegur...
Yang dia xtau perlu dibagitau...
Aku tau dia orang lama...
Tapi kalau ada cara baru, mestilah kita kena ikut..
Aku cakap baik je...
Aku nye bos dengar, waktu tu aku kat lab n suara dia leh didengari sampai ke operation opis....
Bos aku datang...
Dia duk sambung meninggi suara soprano dia...
Aku mmg rasa terkejut n sentap gila...
Bos aku panggil aku masuk lab microbe yg sememangnya kalis bunyi dari luar...
Tapi yang syok org dalam leh dengar sume org luar cakap termasuk hingga dua bilik sebelah...
Aku ditanya pelbagai soalan sebab bos suruh Qc aku calm down pun dia masih menjerit macam kena rasuk...
Biasala kan...
Kalau dah K_ _ _ _ _....
Geram aku...

Mmg aku hormat tapi kalau dah marah kat org tapi aku yg kena mmg aku hangin...
Tapi aku masih ada otak yg leh berfungsi dengan baik...
Aku dengarkan je dulu hamburan dia...
Lepas sejuk nanti aku nak tanya dia balik...
Patut ke dia cakap macam tu kat aku....
Aku tau dia xkan minta maaf pada kitarang even dia wat salah sebab dah banyak kali....
Dan yang menghanginkan lagi ada batu api dibelakang dia...
Xlain x bukan seorang lagi Qc ku yg sentiasa bermasalah...
Dia kata kitarang xrespect dia n xfikir kebajikan dia...
Kalau xfikir kebajikan dia, kenapa kitarang bagi dia keje ringan je, kenapa kitarang consider dia M.C setiap bulan kekadang lebih 2 kali...
Kitarang kalau xcukup mainpower,siap kitarang yg tolong replace lagi...
Aku kadang2 terfikir diarang ni xtau bersyukur...
Cuba tanya company lain punya QC, ada x exec n supervisor yg nak duduk jaga production line sehari suntuk just sebab nak ganti anak buah yg tetiba M.C atau M.I.A?
Aku tau jawapan dia dah...
Tak ada.....
Aku xmengaruk balik sebab aku tau pemikiran aku tahap mana,pemikiran dia lak tahap mana...
Kalau aku pun sama2 wat macam tu, xubah la aku sama je macam dia....
Yang aku bengang, semalam aku M.c n xtau menau what happening yesterday...
Dia hangin ngan exec aku tapi dia drag benda tu ke ari ni...
Aduhai....
Aku tau pun dari bos aku...
Nasib baik bos aku xbising kat aku sebab dia tau bukan salah aku...
Dia paham....

Tulah resam manusia....
Aku ambil ni semua as a management learning session....
Xnak simpan dalam ati tapi yg pasti buat masa terdekat ni mesti aku xde ati nak bercakap ngan si QC tua tu....

Thursday, November 5, 2009

.................

Aku rasa kosong sgt...
Aku xtau kenapa...
Dah la since monday lagi aku dah menunjukkan tanda2 nak demam...
Dgn flu nya,sore throat...
TApi aku gagahkan juga dtg keje sebab si Fennel MC 1bulan gara2 hidung dia yg patah...
Lgipun aku punya tugasan yg perlu diselesaikan...
Cover keje org len lg...
Tapi akhirnya ari ni aku kalah...
Bgn pg tadi mmg tak larat nak g koje...
Bgn terus g klinik....
Hurmmmm....
Aku rasa nak balik kg. je...
Saat ati aku rasa xbesh, itulah tempat pertama yg sentiasa terlintas dalam kepala otak aku ni...
Mak pun xsihat di hari lahirnya pada 3.11.09 (Selasa)
Musim gamaknya...

Weekend ari tu aku lepak ngan org2 yg terdekat...
Aku xnak jiwa kacau ku jadi makin terganggu....
Aku dapat lalaikan diri jap dari permasalahan walaupun ada gak terlintas di kepala otak ni...
Apapun aku perlu cuba jadi kuat....

Sunday, November 1, 2009

perkhabaran..

On Thursday night aku dikejutkan dgn perkhabaran yg aku sendiri x bersedia untuk mendengarnya...
Semua benda terhenti.....
MAtaku langsung xlelap semalaman.....
Aku sendiri termangu tatkala mendengar perkhabaran tersebut dr mulut si sahabat..
Teddy bear msg aku :" Min, call aku cepa..Urgetnt"..
Aku xfikir dia akan menyampaikan perkhabaran yg boleh meruntun jiwa aku until ke ari ni..
Apapun saat ku dengar perkabaran tersebut aku jua terasa lega sebab aku mempunyai kepastian...
Hampir 6-7 tahun aku menunggu xpasti...
Sekarang aku boleh klasifikasikan Dia as.!@#$%^^&*()_
He thinks who am I for him...
Suka2 ati tipu status n xcite hal sebenarnya..
Even his best friend pun xdibagitau.
Kenapa?
TAkut membe tu bgtau aku?
Memang la kalausaat aku tau perkhabaran itu Dia ada di depan mata,memang dah kena penumbuk sulungku yg dah lama xcium muka jantan....
Teddy Bear suh aku call wish Dia n his wife for their wedding...
Mati idup balik aku xkan wat...
Dalam ati mmg masih sayang but akan kuubah rasa itu menjadi perasaan lain...
Namun kenangan xkan dapat dilupkan..
Like my dear sis said:"Min, Allah nak tunjuk perangai sebenar Dia kat Min dari apa2 berlaku di masa depan"
I agreed but my memories still xleh erase lagi..
Apapun...

LIFE MUST GO ON!!!!!

p/s#buat teddy bear yg mendapat perkhabaran yg hampir serupa dr Kodomo 2ari selepas aku tu,harap bersabar yek...."Kita serupa, Namun still berbeda"